Thursday 19 November 2015

Tidak perlu tunjuk perangai kalau mahu cari pasangan

Saya selalu terbaca ayat seperti ini

"Aku sengaja buat perangai buruk sebab nak uji kekasih aku mampu bertahan atau tidak, jika dia mampu bertahan itu bererti dia adalah orang yang menerima aku seadanya"

Secara jujurnya apabila difikirkan semula, ayat seperti itu bukanlah jawapan yang tepat untuk dijadikan sebagai tindakan untuk mencari pasangan yang sesuai dengan kita. Memang betul kita semua mahu orang lain terima baik-buruk kita, Itu tidak dapat disangkal lagi. Tetapi tindakan seperti itu bukanlah suatu tindakan yang betul kerana Allah s.w.t sendiri menggalakkan manusia mengelakkan diri dari orang yang berperangai buruk yang mungkin akan memberi pengaruh buruk pada kita.

Agama telah pun menggariskan 4 perkara dalam membuat pilihan tanpa menjalinkan hubungan berpasangan tanpa nikah yang sah atau diistilahkan sebagai "COUPLE".

"Bernikahlah kamu seseorang perempuan itu kerana kecantikannya, keluarganya, hartanya dan yang paling utama adalah akhlaknya"

Jalinlah hubungan seperti kawan biasa dahulu, dan jangan sesekali istiharkan cinta kepadanya, dan jangan sekali wujudkan COUPLE atau hubungan berpasangan dengan dia selagi belum sah bernikah. Dalam berkawan, carilah ruang untuk siasat latar belakang keluarganya, hartanya, perangai dan akhlaknya melalui orang-orang terdekatnya iaitu kawan-kawannya, jiran-jirannya dan ahli keluarganya disamping kita membuat penilaian terhadap dirinya. Apabila maklumat yang kita perolehi sudah betul-betul lengkap, barulah ambil keputusan masuk merisik dengan berjumpa ahli keluarganya.